Wednesday, August 3, 2011

Journey To The Land of Sakinah (Peaceful)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang diri ini mengikuti tarbiyyah yang sangat berharga untuk diriku.Tanggal 31.5.2010, diri ini adalah seorang yang BARU. Tanpa disedari, sudah setahun, 2 bulan, 3 hari diri ini telah mewakafkan jiwa dan raga di jalan yang penuh onak & duri. Untuk apa aku berbuat begitu? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencapai Redha Illahi.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Baru-baru ni, aku dapat mengikuti satu program ke kelantan. Sempena bulan puasa tahun ini, ramai penggerak-penggerak yang tidak jemu-jemu untuk meraikan kedatangan ramadhan tahun ini.
Di sini diri ini ingin  kongsikan buti-butir mutiara yang dapat dikutip sewaktu di sana.

Pesan seorang Murabbi Tarbiyyah,

1)      Kita kena baca al-Quran , selain mengajar orang membaca al-Quran

2)      Kita perlu  DENGAR -> FAHAM -> MENGERTI  bacaan al-Quran

3)      Apakah yang dikatakan DAKWAH?
Ia bererti kita SERU, AJAK, BERBAIK-BAIK DENGAN MAD’U

4)      Apakah yang dikatakan dengan TA’ARUF?
Ia bererti saya kenal kamu,kamu kenal saya

5)      Jangan bercakap bohong

“ BERCAKAP BENAR ITU AMANAH, BERBOHONG ITU KHIANAT”

6)      Kita perlu DENGAR dan AMAL
-Setiap perkara yang kita belajar, hendaklah kita kaitkan dengan kehidupan seharian
-Inilah yang dikatakan sebagai Tafsir Haraki.
-Tafsir Haraki -> meliputi muhasabah diri -> tafsir yang mengikuti gerak kerja seharian
-Contoh golongan yang tidak mengamalkan ilmu yang mereka ada ialah golongan Bani Isra’el

7)      Sebelum tidur, amalkan baca al-Quran dahulu

8)      Banyakkan membaca
-Setiap orang perlu belajar, bekalkan diri dengan ilmu yang secukupnya.Terutama dalam bidang yang diambil.
-Apabila diberi ta’lifan, kita mampu memegang ta’lifan tersebut.
-Kita hendaklah memegang  jawatan yang berkemampuan dengan diri sendiri
-Banyakkan membaca kitab-kitab Tarbiyyah kerana SEMANGAT YANG MENUASAI OTAK, ADALAH SANGAT BERBAHAYA.

9)      Kita hendaklah jadi seperti BAU. Bau yang semerbak kasturi, yang mampu untuk memberi kesenangan dan ketenangan fikiran kepada sesiapa yang membaunya.
10)   Sediakan seramai mungkin kader yang mendapat title PHD. Tujuannya adalah menyubang untuk Islam.

11)       النصيحة الدين 
“Agama itu ialah nasihat”

12)   Pastikan anda MEMAHAMI, MENGHAYATI semua ayat-ayat , wirid dalam sembahyang & sesudah sembahyang dan hadith-hadith
-Pastikan kamumampu memahaminya dan memberi fahaman kepada orang lain.

13) Anda perlulah BERAMAL DENGAN ILMU
-Rajin untuk menadah kitab.







1 comment: