Wednesday, August 3, 2011

Journey To The Land of Sakinah (Peaceful)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang diri ini mengikuti tarbiyyah yang sangat berharga untuk diriku.Tanggal 31.5.2010, diri ini adalah seorang yang BARU. Tanpa disedari, sudah setahun, 2 bulan, 3 hari diri ini telah mewakafkan jiwa dan raga di jalan yang penuh onak & duri. Untuk apa aku berbuat begitu? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencapai Redha Illahi.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Baru-baru ni, aku dapat mengikuti satu program ke kelantan. Sempena bulan puasa tahun ini, ramai penggerak-penggerak yang tidak jemu-jemu untuk meraikan kedatangan ramadhan tahun ini.
Di sini diri ini ingin  kongsikan buti-butir mutiara yang dapat dikutip sewaktu di sana.

Pesan seorang Murabbi Tarbiyyah,

1)      Kita kena baca al-Quran , selain mengajar orang membaca al-Quran

2)      Kita perlu  DENGAR -> FAHAM -> MENGERTI  bacaan al-Quran

3)      Apakah yang dikatakan DAKWAH?
Ia bererti kita SERU, AJAK, BERBAIK-BAIK DENGAN MAD’U

4)      Apakah yang dikatakan dengan TA’ARUF?
Ia bererti saya kenal kamu,kamu kenal saya

5)      Jangan bercakap bohong

“ BERCAKAP BENAR ITU AMANAH, BERBOHONG ITU KHIANAT”

6)      Kita perlu DENGAR dan AMAL
-Setiap perkara yang kita belajar, hendaklah kita kaitkan dengan kehidupan seharian
-Inilah yang dikatakan sebagai Tafsir Haraki.
-Tafsir Haraki -> meliputi muhasabah diri -> tafsir yang mengikuti gerak kerja seharian
-Contoh golongan yang tidak mengamalkan ilmu yang mereka ada ialah golongan Bani Isra’el

7)      Sebelum tidur, amalkan baca al-Quran dahulu

8)      Banyakkan membaca
-Setiap orang perlu belajar, bekalkan diri dengan ilmu yang secukupnya.Terutama dalam bidang yang diambil.
-Apabila diberi ta’lifan, kita mampu memegang ta’lifan tersebut.
-Kita hendaklah memegang  jawatan yang berkemampuan dengan diri sendiri
-Banyakkan membaca kitab-kitab Tarbiyyah kerana SEMANGAT YANG MENUASAI OTAK, ADALAH SANGAT BERBAHAYA.

9)      Kita hendaklah jadi seperti BAU. Bau yang semerbak kasturi, yang mampu untuk memberi kesenangan dan ketenangan fikiran kepada sesiapa yang membaunya.
10)   Sediakan seramai mungkin kader yang mendapat title PHD. Tujuannya adalah menyubang untuk Islam.

11)       النصيحة الدين 
“Agama itu ialah nasihat”

12)   Pastikan anda MEMAHAMI, MENGHAYATI semua ayat-ayat , wirid dalam sembahyang & sesudah sembahyang dan hadith-hadith
-Pastikan kamumampu memahaminya dan memberi fahaman kepada orang lain.

13) Anda perlulah BERAMAL DENGAN ILMU
-Rajin untuk menadah kitab.







Wednesday, July 20, 2011

Butir Renungan Saat Aku Jatuh


Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Mas’ud r.a. meminta nasehat, katanya. ”Wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasehat yang dapat kujadikan obat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut, makan tak enak, tidurpun tak nyenyak.”





Maka Ibnu Mas’ud menasehatinya, katanya:”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, yaitu ketempat orang membaca Al-Qur’an, engkau baca Al-Qur’an atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, disana engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di waktu tengah malam buta, di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan shalat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketentraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu belum juga terobati dengan cara ini, engkau minta kepada Allah, agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu.”

Setelah orang itu kembali kerumahnya, diamalkannyalah nasihat Ibnu Mas’ud r.a. itu. Dia pergi mengambil wudhu kemudian diambilnya Al-Qur’an, terus dia baca dengan hati yang khusyu. Selesai membaca Al-Qur’an, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang sama sekali.




MENGAPA AKU DIUJI

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka seseungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan seseunguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang dusta”
(Q.S. Al-Ankabut 2-3)

MENGAPA AKU TIDAK DAPAT YANG AKU IDAM-IDAMKAN
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Q.S. Al-Baqarah 216)

MENGAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Q.S. Al-Baqarah 286)

AKU SUDAH MERASA FRUSTASI
” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”
(Q.S. Al-Imran 139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA
“ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu...”
(Q.S Al-Imran 200)

APA YANG AKU DAPAT DARI COBAAN INI
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Surga untuk mereka...” (Q.S At-Taubah 111)

KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Aras yang agung’
(Q.S At-Taubah 129)

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku...”
(Q.S Yusuf 86)

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”
(Q.S. Yusuf 87)


Rasulullah saw sendiri selalu membaca Al Qur’an secara rutin. Beliau juga memohon kepada Allah SWT agar menjadikan Al Qur’an sebagai taman dalam hatinya, cahaya bagi pandangannya, penghapus duka dan pemusnah kebingungan serta kegalauan. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh An Nasai, At Tirmidzi dan Al Hakim Beliau saw berdo’a:



“Ya Allah, aku hamba-Mu, anak hamba-Mu yang laki-laki (bapak) dan anak hamba-Mu yang perempuan (ibu), ubun-ubunku ada ditangan-Mu, aku berjalan berdasarkan hukum-Mu, melaju dalam ketentuan-Mu. Aku memohon kepada-Mu, nama yang Engkau berikan untuk diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau sembunyikan dalam ilmu ghaib di-sisi-Mu, jadikan Al-Qur’an sebagai taman hatiku, cahaya mataku, penghapus duka dan pelenyap kebimbanganku… dan tidak ada kemampuan dan kekuatan kecuali dari Allah”

Subhanallah ... Jadi lebih mantap dalam menata hidup ini ... Mukjizat terbesar terkandung dalam Al-Qur’an, so jadikan Qur’an sebagai imammu ... Karena semua sudah ada jawabannya di dalam Al-Qur’an .. Bahwa Al-Qur’an adalah assyifa ^^
Dengan menjadikan al-Qur’an sebagai “Way of Life”, maka setiap langkah kita dalam arena kehidupan ini akan selalu berada di bawah naungan dan bimbingan-Nya. Di saat kita punya keinginan, punya cita-cita, punya harapan, kita jadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk dan pedoman dalam kehidupan.    Dengan panduan dan petunjuk-Nya, insya Allah kita tidak akan tersesat dari jalan-Nya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan selalu memenuhi KEINGINAN kita, tapi PASTI selalu memenuhi segala KEBUTUHAN kita”.

“Kesalahan terbesar adalah bila engkau berusaha meluruskan & membenahi kehidupan yang ada di sekitarmu, tapi engkau meninggalkan kekacauan dalam hatimu”. (Musthofa Shidiq ar Rafi’i)


Thursday, June 30, 2011

AKU???

Setiap detik, masa berlalu...

semalam, hari ini, esok, lusa dan seteusnya...teringat zaman di bangku sekolah. Pernah dulu diri ini ingin menjadi seperti PETERPAN. x membesar.. seronok dengan dunia khyalannya.. Namun, pada realitinya, adakah diri ini boleh mendapat perkara seperti itu..??

Ikhlas....
Diri ini tidak suka apabila memperkatakan tentang perpisahan yg akan berlaku. ya Allah...!!! Hati 2 ini telah mengikat janji setia untuk menyokong & memperjuangkan agama-Mu. Sebak di dadaku apabila memikirkan tentang hakikat yang akan berlaku = PERPISAHAN DENGAN SAHABAT2 TERCINTA

Allah ya Wadud, Kau alirkan sifat kasih-sayang-Mu ke dalam jiwa2 kami ya Allah...!!

Tuesday, March 1, 2011

SAKINAH = KETENANGAN

Ya Ayuhal Nafsul Mutmainnah Irji’e Ila Rabbika Radhiyatun Mardhiyah
Fad khuli fi ibadi
Fadkhuli Jannaati


Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya.
Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu.
Masuklah ke syurgaKu.

Setiap orang menginginkan ketenangan dalam hidup mereka. Begitu juga diri ini, yang bernama Sakinah ( ketenangan). Aku harap, selepas 9 hari perjalanan aku ke Shanghai, aku akan balik ke UMP dengan semangat yang baru, azam yang baru. InsyaAllah. Aku pergi hanya kerana Allah & Rasul..

Friday, February 11, 2011

Kuasa rakyat Mesir

Kuasa rakyat Mesir yang berada di kemuncak
pada waktu ini,mampu mengubah lanskap
politik negara teluk itu dalam masa terdekat.
Biarpun Presiden Mesir, Hosni Mubarak dalam
ucapannya yang disiar televisyen negara itu
semalam sekali lagi memberikan harapan palsu
kepada rakyatnya, namun bantahan berterusan
dari rakyat sekurang-kurangnya telah menekan
Mubarak dan menggugat pengaruh Amerika
Syarikat.
Amerika Syarikat mempunyai tiga kepentingan utama di Mesir iaitu negara Israel,
ekonomi (Peroleum dan Gas) dan ketenteraan.
Mereka bimbang, kejatuhan kerajaan regim dan jika diganti pihak lain, akan
menjejaskan segala kepentingan yang telah dibina sejak berpuluh tahun dahulu.
Mubarak muncul melalui siaran televisyen seluruh negara dan berucap kepada
rakyat yang membantahnya.
Rakyat yang sebelum ini diberitahu akan ada berita gembira tentang pengumuman
pengunduran Mubarak, bagaimanapun kecewa apabila presiden yang dibantah
itu memaklumkan akan terus berada di pejabat presiden sehingga pemilihan
September depan.
Beliau juga memberitahu telah mengalihkan sebahagian kuasanya kepada
Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dan mengarahkan
perlembagaan negara itu dipinda.
Berita itu bagaimanapun ditolak rakyat yang mahu bukan sahaja Mubarak,
tetapi seluruh kerajaan regim berundur segera tanpa syarat.
"Media cuba gambarkan rakyat hanya tolak Mubarak.
"Rakyat Mesir sebenarnya bukan hanya tolak Mubarak, tetapi seluruh
aparatus kerajaan regim itu," kata Syed Azman lagi.
Mengulas himpunan besar-besaran rakyat Mesir selepas Jumaat hari ini
beliau berkata, rakyat Mesir sebenarnya sudah nekad, tidak akan berundur
ke belakang lagi, sama ada menang dalam tuntutan ini ataupun mati syahid.
Dijangkakan 20 juta rakyat Mesir akan berhimpun selepas solat Jumaat hari
ini dan akan berarak ke Istana Mubarak di Abdeen, Kaherah.
Difahamkan, Istana Presiden tersebut adalah kawasan larangan dan tidak
pernah ada mana-mana pihak dibenar masuk ke istana itu sejak sekian lama
pemerintahan regim.

Wednesday, February 9, 2011

DEBAT IPT TINGKAT KEFAHAMAN ISU SEMASA PELAJAR

INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) akan menganjurkan Pertandingan Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan meningkatkan pemahaman dan pandangan generasi pelajar mengenai isu berkait hal ehwal Islam.


Pegawai Perhubungan Awam Ikim, Sapuah Nawawi, berkata program empat hari bermula 8 Februari ini akan disertai 16 IPT tempatan. Aktiviti ini menyediakan medan khas membolehkan pelajar mengemukakan hujah bernas mengenai isu berkaitan untuk dibincangkan bersama.
Katanya, pelajar perlu diberi peluang mengemukakan pandangan dan pendapat mengenai isu semasa supaya dapat menyuarakan hasrat dan membantu kerajaan membangunkan negara.

Sapuah berkata, program berkenaan memberi peluang pelajar mengumpulkan idea dan fakta bernas mengenai isu semasa berkaitan Islam untuk dibahaskan secara menyeluruh.

“Program ini sebagai landasan dalam meninjau dan menganalisa sejauh mana kemampuan pelajar IPT dalam memperkatakan hal berkaitan dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai perihal dunia Islam. Ilmu yang diperoleh ini membolehkan pelajar menghayatinya dalam kehidupan harian seperti yang dituntut agama,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Antara IPT yang akan mengambil bahagian ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pusingan pertama pertandingan diadakan selama dua hari bermula 8 Februari manakala pusingan kedua pada 10 Februari dan separuh akhir diadakan pada hari berikutnya manakala pusingan akhir dijadual berlangsung pada hari terakhir program iaitu 12 Februari di Dewan Besar Ikim, Kuala Lumpur.

sumber maklumat : Berita Harian

Saturday, January 1, 2011

Pengharaman Judi Bola; Dimanakah kecaknaan mahasiswa


Allah Taala telah jelas meyebut didalam al-Quran tentang hukum yang qat’ie (jelas) berkenaan pengharaman judi,sebagaimana firmanNya:


Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilan perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”. (Surah al-Maidah : 90)
Ayat di atas merupakan dalil yang jelas menunjukkan bahawa perbuatan judi merupakan perkara yang dilarang secara qot’ie disisi syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t  telah mengharamkan perbuatan judi berdasarkan firman-Nya : “Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”.
Selain itu juga ulama’ secara ijma’ telah mengeluarkan hukum pengharaman judi bagi ummat Islam. Hal ini kerana, judi memberi banyak kesan buruknya kepada pembentukan institusi ummah dan menyebakan tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

Oleh yang demikian, saya ingin mengajak mahasiswa khususnya memahami bahawa isu judi dan isu bola adalah merupakan dua isu yang perlu kita fahami dengan baik. Bukan bermakna Islam melarang judi menunjukkan bahawa islam juga melarang umatnya untuk bersukan. 

Islam menggalakkan umatnya untuk bersukan, hal ini kerana dengan bersukan dapat melahirkan umat yang cergas dan sihat. Dengan bersukan juga menunjukkan Islam mengajar umatnya agar mengimbangkan antara aspek jasmani dan rohani dalam membina seorang insan acuan Islam.

Cuma apa yang perlu kita fahami adalah apabila perkara halal bercampur dengan haram maka secara automatiknya perkara tersebut akan menjadi haram dan perlu kita jauhi. Hal ini perlu kita fahami dengan sebaiknya agar ia tidak menimbulkan salah faham yang akan menyebabkan persepsi terhadap Islam disalah ertikan oleh masyarakat awam khusunya.

Saya juga ingin menimbulkan persoalan tentang tahap kecaknaan kita sebagai mahasiswa  khususnya tentang hal-hal sebegini. Mahasiswa perlu menjuarai isu, samada isu yang berkaitan dengan ummah dunia mahupun isu yang berlaku di tanah air.

Sebagai golongan mahasiswa yang intelek sewajarnya kita lebih matang dalam menangani isu yang berlaku pada ummah secara ilmiah. 

Mahasiswa sebenarnya memikul tanggungjawab memimpin orang ramai malah sehingga tahap membangunkan bangsa dan negara. Cuba kita renungi, kenapa dalam mengejar pembangunan di mana-mana negara, di samping mereka meningkatkan kemodenan, mereka juga terpaksa memantapkan dan menyediakan lebih banyak pusat pengajian tinggi. Jika tiada golongan mahasiswa yang mengisi kemodenan dan menjayakannya, akhirnya kemodenan tersebut akan dinikmati oleh pihak luar.

Oleh yang demikian, perlu kita sedari bahawa tugas kita sebagai mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu semata-mata malahan mengamalkan ilmu tersebut dengan kata lainnya dengan menggunakan ilmu tersebut untuk pembangunan ummah.

Kata seorang ahli sejarah Islam Ibn Khaldun “Kayu ukur kepada kemajuan ataupun kehebatan sesuatu tamadun tersebut adalah apabila berlaku masalah ataupun ujian terhadap tamadun tersebut,akan ada respon ataupun tindakan yang dilakukan oleh masyarakat tamadun tersebut.”

Saya berharap dengan kecaknaan kita terhadap isu-isu yang berlaku terhadap ummah menunjukkan satu respon dan tindakan daripada mahasiswa untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu.